WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..


Salah Faham Tentang Homeopathy

Salah satu punca utama kemunduran kaedah rawatan homeopathy di Malaysia dan juga di kebanyakkan tempat di dunia ini ialah kegagalan memahami dengan tepat apa sebenarnya Homeopati. Berikut disenaraikan antara salah faham mengenai homeopati untuk dijadikan renungan:

“Homeopathy adalah perubatan tradisional”

Ungkapan ini sering kali kita dengar dipertuturkan di kalangan masyarakat kita. Kesilapan ini membawa kesan yang besar kerana ia meletakkan Homeopati setara dengan perubatan tradisional yang biasanya dikendalikan oleh mereka-mereka yang tidak berkelulusan dan banyak menggunakan kaedah rawatan turun temurun. Bukan tujuan kita untuk merendah-rendahkan perubatan tradisional, tetapi adalah sesuatu yang tidak adil untuk meletakkan Homeopati di dalam kategori yang sama memandangkan kaedah rawatannya sangat berbeda dari segi falsafah dan kaedah rawatan berbanding rawatan tradisional.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Homeopati menggabungkan sains dan seni di dalam rawatannya. Ia melihat penyakit dan kaedah penyembuhan (termasuk penyediaan ubat-ubatan) di dalam perspektif yang unik bertunjangkan kajian sains dan analisa yang logikal dan berilmiah. Homeopati tidak mengubal hukum-hukum perubatan berdasarkan agak-agakan semata sebaliknya melalui kajian ilmiah yang mendalam oleh mereka-mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang perubatan moden. Malah pengasas Homeopati sendiri adalah seorang doktor iaitu Dr. Hahnemann yang aktif bertugas pada awal abad ke 19. Kekecewaan beliau kepada apa yang dipanggil rawatan “moden” yakni rawatan kedoktoran yang ada hari ini menyebabkan beliau mencari kaedah lain yang menepati fitrah manusia itu sendiri. Kaedah rawatan tersebut dinamakan Homeopati yang berasaskan kepada rawatan “Simila Similibus Currentur” yang bermakna “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa”. Di dalam bahasa mudah rawatan Homeopati memerlukan kita melihat tahap kesihatan seseorang pesakit secara holistik (menyeluruh) pada suatu ketika dan memadankan gejala pesakit ini dengan gejala ubat-ubatan Homepati. Apabila ada “persamaan” ini maka berlakulah penyembuhan.

Ubat-ubatan Homeopati disediakan di dalam makmal yang sempurna berasaskan kajian yang mendalam dan teratur, dan seterusnya didokumenkan dengan terperinci untuk kegunaan pengama-pengamal Homeopati. Doktor Homeopati bukan saja perlu mendalami ilmu falsafah perubatan, sains kemanusiaan dan kaedah rawatan tetapi juga cekap di dalam mendalami cirri-ciri ubat-ubatan Homeopati. Pendek kata Homeopati merupakan rawatan yang unik dan ia tegak berdiri di atas kekuatannya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan kaedah rawatan lain.

“Homeopati karut dan tidak saintifik”

Amat mudah untuk melontarkan fitnah tanpa perlu mengemukakan hujah. Mereka-mereka yang membuat tuduhan ini sebenarnya tidak memahami konsep perubatan Homeopati. Adakah sesuatu rawatan itu dianggap karut dan kolot jika ia masih wujud sejak 200 tahun lalu dan semakin meningkat penggunaaannya? Kita mendapati hari ini bagaimana kegagalan sistem perubatan allopati (perubatan kedoktoran “moden”) menyebabkan orang ramai beralih kepada rawatan alternatif seperti akupuntur, singseh, ayurveda, tradisional dan juga Homeopati.

Pengamal Homeopati, sebagaimana juga doktor perubatan allopati, perlu mendalami ilmu sains termasuk anatomi, fisiologi, biokimia, dan lain-lain yang berkaitan, dan ditambah dengan falsafah perubatan “Organon”, dan juga ribuan ubat-ubatan di dalam farmakopea Homeopati. Dokumen lengkap mengenai rawatan pesakit, penyembohan, penyediaan ubat dan sebagainya sejak dahulu hingga kini tersedia untuk diteliti dan dikaji. Jika ini tidak saintifik, tak tahulah kita apa lagi yang saintifik.

“Rawatan Homeopati tidak begitu berkesan dan penyakit lambat sembuh”

Kerberkesanan atau mujarabnya ubat Homeopati sememangnya diiktiraf ramai. Rawatan Homeopati tidak setakat menahan kesakitan semata (langkah paliatif) tetapi bertindak menyembuhkan penyakit. Banyak penyakit-penyakit yang biasanya dikatakan “tiada penawar” oleh doktor tetapi mempunyai alternatif pada Homeopati seperti Demam Campak, Bisul, Influenza, dan banyak lagi.

Lambat atau cepat kesembuhan sesuatu penyakit itu bukanlah kerana kelemahan sistem rawatan Homeopati tetapi kelemahan doktor Homeopati itu sendiri. Kerana kawalan yang agak longgar daripada pihak kerajaan menyebabkan ramai “doktor” Homeopati yang kurang berkelayakan menawarkan khidmat rawatan yang kurang cekap dan bermutu dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada Homeopati.

Sikap pesakit juga ikut serta menambah buruk persepsi ini. Pesakit menganggap bahawa kaedah rawatan Homeopati adalah sama dengan perubatan biasa menyebabkan mereka kurang memberi tumpuan kepada gejala penyakit secara terperinci dan menyeluruh seperti kekerapan sakit, waktu serangan, gejala sampingan dan sebagainya. Ini mengakibatkan doktor Homeopati gagal memberikan ubat-ubatan yang tepat atau melambatkan proses mendapatkan penawar yang tepat. Walaupun perkara ini tidak berbahaya memandangkan ubat-ubatan Homeopati tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ia membawa implikasi yang kurang baik dari segi kadar kesembuhan di kalangan pesakit.

“Kaedah Homeopathy menggunakan rambut untuk mengesan penyakit”

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai “pembaharuan” yang diperkenalkan kepada kaedah rawatan Homeopati sejak diperkenalkan 200 tahun lalu. Kebanyakan “pembaharuan” ini melibatkan aspek teknik mendiagnosis penyakit dengan pengenalan alat-alatan moden dan kaedah penyediaan ubat-ubatan. Namun begitu aspek falsafah dan konsep rawatan Homeopati tetap utuh dan sama sejak dulu dan akan berterusan sehingga ke akhir zaman kerana ia berkait rapat dengan fitrah manusia.

Antara “pembaharuan” kepada Homeopati dari segi teknik mengesan penyakit dan penyediaan ubat-ubatan yang agak popular dewasa ini ialah apa yang dipanggil kaedah “radionic” di mana sejenis alatan elektronik yang dicipta khas berupaya mengesan penyakit dan seterusnya penyediaan ubat-ubatan dengan menganalisa keadaan rambut pesakit. Walaupun pada satu segi ia agak munasabah memandangkan rambut kita sepertimana juga iris mata berupaya untuk memberi petunjuk kepada status kesihatan semasa, namun pengamal-pengamal Homeopati klasikal menolak kaedah ini dan bertegas supaya kaedah asal Homeopati yang dianjurkan oleh Hahnemann diikuti.

Ada banyak lagi momokan dan malah kecaman yang dilemparkan kepada Homeopati. Perkara ini wujud sejak zaman Hahnemann lagi dan kita yakin akan berterusan untuk tempoh yang lama selepas ini. Walaupun kemajuan Homeopati yang pesat dengan kecemerlangannya di dalam menanggani pelbagai masaalah kesihatan dunia moden, kritiknya tidak juga kunjung padam. Adalah dirasakan dunia Homeopati perlu mendepani cabaran ini dengan menjawapnya secara ilmiah dan konsisten. Di samping itu Homeopati juga perlu mempastikan para pengamalnya mempelajari kaedah rawatan dengan lebih mendalam, profesional dan berdisplin bagi menjamin penerusan kecemerlangan khidmat rawatan ini pada masa-masa akan datang. Cara terbaik menjawab kritikan ialah dengan membuktikan dari segi praktiknya akan kehebatan apa yang dipanggil Homeopati.

Dipetik daripada catatan Dr. (H) Ir. Izham Hashim, PHom, BHMS (MAhM/USU)

sumber: http://pphbm.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Untuk Makluman Anda

Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.

Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.

Related Posts with Thumbnails