WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

Komponen Utama

Fungsi

Jantung

Darah

Salur darah

· Jantung mengepam darah

· Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori

· Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan



Pengurusan Pemakanan Bagi Pesakit Kardiovaskular (CVD)

Pengenalan

  • Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.
  • Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.

  • Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.
  • Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
    • Lipoprotein bertumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
    • Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
    • Trigliserida (TG)
  • Lipoprotein bertumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘ kolesterol baik’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.
  • Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein bertumpatan rendah (LDL).

Objektif Pengurusan Pemakanan

  • Untuk mengurangkan paras lipid serum melalui pendekatan pemakanan, senaman dan penurunan berat badan.
  • Untuk menyediakan perancangan makanan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular.

Faktor Risiko

Faktor risiko untuk hiperlipidemia termasuk:

  • Berlebihan berat badan atau obes
  • Diet
    • Tinggi lemak tepu dan kolesterol
    • Kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat
  • Gaya hidup yang sedentari
  • Faktor genetik :
    • Familial Hypercholesterolemia : Paras LDL yang tinggi
    • Familial Hypertriglyceridemia : Paras trigliserida yang tinggi
    • Familial combined hyperlipidemia : Paras kolesterol, trigliserida atau keduanya tinggi dan HDL rendah.
  • Mengalami penyakit gangguan hormon seperti :
    • Kencing manis
    • Hipotiroidism
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu :
    • Pil perancang keluarga
    • Terapi hormon
    • Beta blockers untuk merawat penyakit kardiovaskular

Pengurusan Pemakanan dalam Hiperlipidemia

Tenaga

  • Anda harus tahu status berat badan semasa, tahap aktiviti fizikal dan sejarah pemakanan anda untuk menganggarkan keperluan tenaga harian. Adalah penting untuk merancang dan mengurus pengambilan kalori anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
  • Bagi individu dengan berat badan normal, keperluan tenaga harian anda adalah 30-35 kilokalori/ kg (berat badan)/ hari.
  • Anda perlu menggunakan nilai berat badan dan tinggi semasa untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT).
  • IJT yang normal adalah di bawah 25 kg/m2.
  • Rujuk selanjutnya di Penurunan Berat Badan.

Karbohidrat

  • 1 gram karbohidrat membekalkan 4 kilokalori tenaga.
  • Jumlah pengambilan tenaga dalam sehari harus mengandungi 50-60% karbohidrat.
  • Individu yang mempunyai sindrom metabolik dengan paras trigliserida (TG) yang tinggi dan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah, perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan 50% daripada pengambilan karbohidrat.
  • Anda perlu mengambil karbohidrat kompleks atau bijian penuh (sekurang-kurangnya 3 hidangan) seperti beras perang, roti mil penuh, capati, oat, bran, jagung dan bijirin penuh.
  • Contoh 1 hidangan karbohidrat kompleks adalah seperti berikut:

Kuantiti

Bijirin, Bijian, Roti

½ cawan

Beras

1 cawan

Bubur nasi

1/2 cawan or 1/3 mangkuk nasi cina

Kueteow
Mi hun

Suhun

Spaghetti
Makaroni

1/3 cawan
1 keping (60 g)
1 keping (40 g)
1/2 keping

1/3 keping

1 keping (30 g)

1 ketul (30 g)
1/2 ketul
1/2 ketul

1/4 cawan

Mi (basah)
Idli
Putu mayam
Tosai (diameter 20 cm)
Capati (diameter 20 cm)
Roti (mil penuh, tinggi gentian, putih/ perang)

Plain roll
Roti
burger
Roti pita (diameter 6”)
Bijirin oat (dimasak)

3 sudu makan

Oat (tidak dimasak)

1/4 cawan

Muesli

3 sudu makan

Tepung (gandum, beras, atta)

3 keping

Biskut (tawar, tidak manis)
contohnya krim kraker

6 keping

Biskut kecil, nipis, bergaram
(4.5 x 4.5 cm)

Gula

  • Anda harus menghadkan pengambilan gula kepada tidak lebih 15% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Pengambilan gula yang tinggi untuk menggantikan lemak akan menurunkan paras HDL dan meningkatkan paras TG.
  • Anda disarankan agar menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.

Serat

  • Saranan bagi pengambilan serat adalah 20-30g sehari, di mana sekurang-kurangnya 6 gram adalah serat larut air.
  • Saranan pengambilan minimum serat setiap hari adalah 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan termasuk satu hidanga makanan daripada sumber bijian penuh.
  • Peningkatan pengambilan serat larut air sebanyak 5 – 10g setiap hari dapat menurunkan paras LDL dalam anggaran 5%.
  • Oat, mil oat, bran oat, kacang, kekacang, barli dan buah-buahan sitrus mengandungi serat larut air. Oat pula mempunyai kandungan serat larut yang paling tinggi berbanding bijirin yang lain.
  • ½ cawan bran oat membekalkan 6 gram serat larut air sehari.
  • Rujukan selanjutnya di Keperluan Pemakanan bagi warga emas

Berikut adalah contoh kandungan serat yang terdapat dalam nasi dan produk bijirin yang lain, kekacang serta buah-buahan dan juga sayur-sayuran:

Bahan makanan

Saiz hidangan

Berat (g)

Jumlah serat (g)

Jambu batu tanpa kulit dan biji

1 keping, kecil

59

16.0

Buah pir

1 sederhana

166

4.0

Epal

1 sederhana

138

3.7

Oren

1 kecil

120

2.8

Pisang

1 sederhana

100

2.4

Prun

4 dengan biji

28

2.0

Betik

1 keping

100

1.8

Nenas

1 keping

100

1.2

Tembikai susu

1 keping

160

1.0

Tembikai

1 keping

160

0.9

Keledek

1 kecil

114

4.6

Pis (direbus )

½ cawan

68

2.8

Kentang

1 sederhana

110

2.6

Jagung (Isi)

1 tongkol, sederhana

77

2.2

Tomato

1 – 3” diameter

200

2.2

Lobak merah

½ cawan

62

2.0

Bayam

½ cawan

72

1.7

Bendi

½ cawan

64

1.6

Kobis

½ cawan

60

1.4

Jagung (tin)

½ cawan

66

1.2

Kailan

½ cawan

52

1.1

Timun

6 hiris (1/8” tebal )

50

0.4

Roti, gandum penuh

1 keping

28

1.3

Roti berkismis

1 keping

28

1.2

Nasi, perang

½ cawan

51

1.0

Emping jagung

1 cawan

23

1.0

Roti, putih

1 keping

25

0.6

Beras, putih

½ cup

51

0.2

Kacang merah (tin)

½ cawan

102

7.7

Kacang dal

½ cawan

80

6.3

Kacang kuda

½ cawan

66

5.6

Kacang tanah

½ cawan

58

4.8

Kacang soya

½ cawan

72

4.4

Kacang panggang

½ cawan

95

3.8

Protein

  • 1 gram protein membekalkan 4 kilokalori tenaga.
  • Keperluan harian protein anda adalah 15% daripada jumlah pengambilan tenaga. Ini adalah bersamaan dengan 0.8-1.0g protein bagi setiap 1 kilogram berat badan sehari.
  • Ikan seperti Kembong, Tenggiri, Kurau, Siakap, Tilapia dan Keli boleh dimakan mengikut saranan iaitu sebanyak 2 hingga 3 hidangan sehari.
  • Hanya pilih daging/ kerbau/ kambing/ khinzir tanpa lemak.
  • Buangkan kulit dan lemak daripada ayam/ itik. Elakkan bahagian kepak, kaki dan bahagian lain yang berlemak.
  • Anda harus menghadkan pengambilan kuning telur kepada tidak lebih daripada 2 biji seminggu kerana setiap kuning telur mengandungi 215 mg kolesterol.
  • Tingkatkan pengambilan kekacang, soya dan produk soya untuk menggantikan protein haiwan. Kacang yang tinggi kandungan lemak tak tepu boleh dimakan beberapa kali seminggu. Contoh 1 hidangan protein daripada daging, ikan, kacang atau kekacang adalah seperti berikut :

Daging tanpa lemak dan kekacang

Kuantiti

Chicken (raw, without skin)
Lean meat

Poultry (young)
Egg (hen)
Soya bean curd (taukua)
Soya bean curd (soft, tauhoo)
Fucuk
Tempeh

1/2 ketul peha
1 hidangan kecil (40 g)
40g mentah / 30g dimasak

1 biji sederhana

1/2 keping (60 g)
3/4 keping (90 g)
11/2 keping (30 g)
1 keping (45 g

Ikan, Kerang-kerangan

Kuantiti

Ikan (contohnya ikan kembong, selar)
Kutlet ikan

Sotong

1/2 keping (40 g)
1/4 keping (40 g)
1 sederhana (40 g)

Isi ketam
Isi udang kara

Isi udang


1/4 cawan

Kerang
Udang

20 kecil
6 sederhana

  • Anda perlu ambil 1-2 hidangan produk tenusu setiap hari. Pilih susu dan produk susu rendah lemak atau tanpa lemak (skimmed milk). Walau bagaimanapun, saranan ini tidak termasuk susu pekat manis, susu sejat atau krim bukan tenusu.
    Contoh 1 sajian produk tenusu adalah seperti berikut :

Susu

Kuantiti

Susu lembu segar
Susu segar UHT

Susu tepung (skim, penuh krim)
Dadih (biasa/ rendah lemak)
Susu cair /sejat (kurang manis)

1 cawan (240 ml)
1 cawan (240 ml)
4 sudu makan atau or 1/3 cawan

3/4 cawan
1/2 cawan

Lemak dan kolesterol

  • 1 gram lemak membekalkan 9 kilokalori tenaga.
  • Keperluan harian lemak anda adalah 25% - 30% daripada jumlah pengambilan tenaga.
  • Walau bagaimanapun, pengambilan lemak seharusnya tidak boleh kurang daripada 25% jumlah pengambilan tenaga kerana ini akan menyebabkan berlakunya pengambilan karbohidrat yang berlebihan. Keadaan ini mungkin mengakibatkan paras TG meningkat dan paras kolesterol HDL menurun.
  • Lemak dikelaskan kepada tiga kumpulan utama bergantung kepada struktur kimia iaitu lemak tepu, lemak tak tepu [(termasuklah poli tak tepu, mono tak tepu dan asid lemak trans (lemak yang berubah secara kimia dalam pemprosesan makanan)].
    • Asid lemak tepu (saturated fat acid, SFA)
        • Keperluan SFA adalah 7% - 10% daripada jumlah pengambilan tenaga. Diet yang tinggi kandungan asid lemak tepu akan meningkatkan paras LDL serum.
        • Kurangkan pengambilan sumber SFA seperti minyak sapi, mentega, lemak sayuran, lemak daging, lemak khinzir, serbuk koko dan produk tenusu penuh krim.
        • Santan merupakan salah satu penyumbang utama dalam pengambilan asid lemak tepu. Hadkan hidangan yang mengandungi santan
    • Asid lemak poli tak tepu (Polyunsaturated Fatty Acid, PUFA)
        • Keperluan PUFA adalah 5% - 7% daripada jumlah pengambilan tenaga.
        • Sumber makanan PUFA adalah minyak sayuran (isirung kelapa sawit, jagung, bunga matahari, safflower, kacang soya, bran beras dan bijan) dan ikan laut dalam.
        • Minyak jenis ini tidak disyorkan digunakan untuk menggoreng disebabkan komposisi kimianya dan titik pengasapan yang rendah.
    • Asid lemak mono tak tepu (Monounsaturated Fatty Acid, MUFA)
        • Keperluan MUFA adalah 12% - 15% daripada jumlah pengambilan tenaga.
        • Kebanyakan sumber MUFA adalah daripada sayur-sayuran termasuklah minyak tumbuhan (kanola, zaitun, kacang tanah) dan kacang.
        • Minyak jenis ini sesuai diguna untuk menggoreng.
    • Asid Lemak Trans (Trans Fatty Acid, TFA)
      • Pengambilan TFA seharusnya kurang daripada 1% jumlah pengambilan tenaga.
      • Kebanyakan TFA dihasilkan dalam proses penghidrogenanan minyak makan tinggi-PUFA secara komersial. Proses ini “mengeraskan” minyak pada suhu tinggi dalam kehadiran pemangkin logam untuk menjadikan lemak pepejal dan digunakan dalam penghasilan produk makanan (contoh lemak sayuran, marjerin, minyak sapi, lemak bakeri dan sebagainya).
  • Pengambilan kolesterol seharusnya kurang daripada 300mg/ hari. Rujukan selanjutnya di HIPERKOLESTEROLEMIA.

Natrium

  • Anda harus mengambil kurang daripada 2400mg natrium atau 6g natrium klorida (garam) sehari.
  • 2400mg natrium adalah bersamaan dengan 1 sudu kecil garam.
  • Pengambilan garam yang rendah boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, manakala pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah

Alkohol

  • Pesakit hiperlipidemia harus mengelakkan pengambilan alkohol dalam diet seharian.
  • Saranan pengambilan alkohol adalah kurang daripada 2 unit sehari. Satu unit sehari adalah bersamaan dengan 5 auns wain, 12 auns bir atau 11/2 auns wiski proof 80.
(sumber:myhealth.gov.my)

0 comments:

Post a Comment

Untuk Makluman Anda

Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.

Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.

Related Posts with Thumbnails