WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Homeopati.

Apakah Perubatan Homeopati?

Homeopati adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkanmelalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepadasistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupamenyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang mampumenimbulkan gejala penyakit,mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebahmampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.

Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?

Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisationmembezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun,malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistemperubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?

Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikanmahupun sapuan kulit akanmenghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disampingmembuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkanmakan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan danpenyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidakmerbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.


Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.

Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.

Info dari:
http://azbhomeopati.blogspot.com/


Kenapa Ubat-Ubat Homeopati Di makan Cara Gigit atau Kunyah ?

Kenapa Tidak Telan Macam Ubat-Ubat Lain ?


Cara makan ubat homeopati agak berlainan dengan cara makan ubat biasa ( allopati) atau makan ubat-ubat herba lain atas sebab-sebab berikut:-

1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)

2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis

3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.

4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.

Kenapa Ubat Tidak Boleh Di Pegang ?

Ubat Homeopati tidak digalakan dipegang dengan tangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kebersihan ubat tersebut, kerana bahan aktif ubta homeopati begitu halus dan dynamik. Jika dipengang ubat-ubat tersebut dikhuatiri akan tercemar atau kontiminasi, sekali gus akan menghilangkan kuasa penyembuhan pada ubat tersebut.

Bolehkan Ubat Homeopati Di makan Bersama Ubat Hospital ?

Boleh, tetapi kenalah jarakkan satu hingga dua jam, sebelum atau selepas makan ubat lain. Tetapi sebaiknya makan ubat homeopati terlebih dahulu.

Bila Makan Ubat Homeopati, Penyakit Lagi Keluar, betul tak ?

Tidak benar. Biasanya bila ubat yang diberikan itu tepat, penyakit akan beransur-ansur sembuh. Tetapi dalam sesetangah kes , 1atau 2 kes dalam 100 kes, terdapat juga, gejala penyakit akan bertambah, ini mungkin disebabkan tindak-balas ubat homeopati terhadap individu tersebut masih belum menemui keserasian. Jika ini berlaku, jangan panik, bagi tahu doktor dan mereka akan bagi ubat homeopati yang lebih serasi lagi.

Apakah ubat Homeopati mengandungi steroid ?

Tidak ada satu ubat homeopati yang mengandungi steroid atau dadah. Semua 100 % ubat homeopati adalah berasal dari alam semulajadi seperti herba, bunga-bungaan, dedaunan dan sebagainya.

Ubat Homeopati Baik Untuk Wanita ?

Ya, ubat-ubat homeopati memang sesuai untuk penyakit wanita, kanak-kanak dan juga lelaki.

Apakah kebaikan ubat Homeopati

Homeopati sesuai untuk merawat: Senggugut, Haid tidak teratur, selalu keguguran, haid berpanjangan, mandul, gastrik, gout, rheumatism, stroke, parkinson, resdung, migrin dan sebagainya.

Kebaikan Untuk Kanak-Kanak


Rawatan angin pasang ( hernia atau sarat), lambat bercakap, lambat boleh berjalan, cergas minda, deman kuning, asma kanak-kanak, selalu menagis malam, kembung, tambah selera makan, dll.

Apakah Akupunktur itu sama dengan Homeopati ?

Tidak. Akupunktur adalah perubatan China yang digunakan sebagai rawatan pelengkap atau alternatif kepada homeopati dan lain-lain perubatan. Akupunktur amat baik digunakan untuk menghilangkan kesakitan tanpa ubat. 'Pain Relief Without Drugs' Amat baik untuk penyakit strok, migrin, sakit pinggang, darah tinggi, kencing manis, tersalah urat, sakit urat saraf, dll.

info dari: 
http://aku122.blogspot.com/2009/01/kenapa-ubat-homeopathy-di-gigit-atau.html



8 comments:

solehah said...

salam..sy ada mkn ubat homeopati yg diberikan oleh doktor homeopati utk usaha utk hamil...setelah Beberap hari mkn,sy rasa sy jadi kuat berpeluh, rasa tak selesa pula..Normal ke mcm tu?
selepas hampir 2minggu mkn ubat, sy stop dsebabkn rs kurg selesa, kuat brpeluh tu...

Unknown said...

Macam mana nak dapatkan ubat homeopathy ni?

Unknown said...

Saya cadangkan pergi ke klinik homeopati hasan di bangi..boleh google alamat dan contact no..kalau boleh mintak jumpa dgn Dr Hasan sendiri..saya pernah daptkan rawatan di situ..Alhamdulillah sesuai

Najwa said...

Asalamualaikum . Sy nak tanya . Boleh ke pengambilan pil payudara selalu? N ada kesan sampingan tak bila tua nanti? Pil ni klu kita makan boleh membesar lagi ke?? .

Najwa said...

* pil ni klu kita makan selalu boleh membesar lagi ke? Atau sampai tahap dia je?

Jaja said...

Saya sejujurnya kurang tahu tentang perubatan homeopati ni, tapi bila jalan ke pusat bandar hari tu perasan ada satu klinik homeopati tu..jadi teringin nak tahu juga tentangnya :)

Kiranya, homeopati adalah salah satu perubatan alternatif kepada ubatan kimia yang biasa kita dapati. Terima kasih info di sini.

Unknown said...

Pil homeopathy ni ada berapa jenis?

Unknown said...

dekat bukit changgang banting pun ada klinik hmeopathy al hikmah ustaz ahmad
019 5064949

Post a Comment

Untuk Makluman Anda

Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.

Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.

Related Posts with Thumbnails