WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..


Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada
VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.



Setiap ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa (allopathy) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.


Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?


Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.


Benarkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak?


Tidak benar ! Sebenarnya ubat Homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu sesuai dan serasi dengan pesakit.

Contohnya jika pesakit datang dengan aduan penyakit akiut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi ubat-ubat Homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.

Yang menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubat dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak juga baik. Mereka datang kepada Homeopathy dan mencuba ubat-ubat Homeopathy, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu, mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan. Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit sudah dialami sejak 10 tahun.

Biasanya doktor Homeopathy hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan Homeopathy selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama. Tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan dalam rawatan Homeopathy ternyata - rawatan Homeopathy memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat. Ini membuktikan bahawa rawatan Homeopathy jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya 1 : 11. Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagainya.


Rawatan Homeopathy Dan Tenaga Hayat/Vital Force


Dalam pengajian Homeopathy, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit. yang sakit itu manusia, maka Homeopathy harus mencari punca penyakit dan cuba sedaya upaya membetulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia yang ditunjukkan melalui tanda-tanda kesakitan. Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat Homeopathy yang serasi harus diberikan sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.

Dalam Homeopathy penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit. Ubat-ubat Homeopathy yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.


Arah penyembuhan Penyakit / Direction Of Cure


Dalam Homeopathy, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan dalam Homeopathy ialah: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke Kiri. Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam Homeopathy kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.

0 comments:

Post a Comment

Untuk Makluman Anda

Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.

Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.

Related Posts with Thumbnails