Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dankemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam diri
●Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
●Rasa tidak selamat
●Pengalaman zaman kanak-kanak
●Peristiwa dalam kehidupan
●Perwatakan / personaliti
●Dilema dalam membuat keputusan
●Stres keibubapaan
Sosial
●Berpindah rumah
●Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
●Stres perkahwinan dan rumah tangga
●Perhubungan interpersonal yang bermasalah
Masalah di tempat kerja
●Cabaran kehidupan di
●Masalah/ perubahan persekitaran
●Masalah kewangan
Psikologi
●Jenis Personaliti
●Tragedi
●Hilang orang yang dikasihi
●Kurang keyakinan diri
●Takut untuk gagal
Biologi
●Penyakit fizikal yang kronik
●Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
Tanda-tanda fizikal
●Kering mulut
●Gementar
●Sakit kepala
●Masalah tidur
●Perubahan selera makan
●Cepat letih
●Lenguh-lenguh badan
●Jantung berdebar-debar
●Pernafasan semakin laju
●Sakit perut
●Cirit-birit
●Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
●Letih lesu
Tanda-tanda psikologi
●Gelisah
●Hilang sabar
●Mudah marah
●Lemah semangat
●Risau dan bimbang
●Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
●Mudah lupa
●Takut gagal
●Rendah diri
●Keresahan
●Tidak merasa seronok
●Bosan
●Low mood dan murung
Tanda-tanda tingkah laku
●Merokok berlebihan
●Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
●Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
●Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
●Penyalahgunaan dadah dan alkohol
●Masalah tabiat makan
Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
☺Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
☺Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
☺Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
☺Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
☺Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
☺Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
☺Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
☺Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
☺Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
☺Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan. (petikan info sihat)
Sekarang kita tinjau bagaimana perubatan Allopathy menangani masalah tersebut :
Trisiklik (Tricyclic)
●RIMAs (Reversible Inhibitors of Monoamine Oxidase type A)
●SSRIs (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)
●SNRIs (Serotonin and Noradrenaline Reuptake Inhibitors)
Bagaimana ia bertindak?
Kemungkinan besar ubat ini menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.
Bagaimana anda mengambil ubat ini?
●Ambil ubat setiap hari seperti yang diarahkan. Jangan ubah dos ubat sendiri.
●Kesan terapeutik ubat hanya boleh dilihat selepas dua minggu, jadi menunggu adalah penting.
●Kesan sampingan ubat akan berkurangan setelah beberapa lama diambil.
●Rujuk kepada doktor anda sekiranya kesan sampingan tidak disenangi. Doktor mungkin mencadangkan ubat dari jenis yang lain.
Kesan Mudarat
Trisiklik
Kesan sampingan ubat trisiklik yang biasa adalah kering mulut, menggeletar, peningkatan degupan jantung, sembelit, mengantuk dan kenaikan berat badan. Di kalangan warga emas, ubat ini mungkin menyebabkan kekeliruan, kesukaran untuk membuang air kecil, rasa hendak pitam dan jatuh. Elak dari menggunakan trisiklik sekiranya anda mempunyai masalah jantung. Bagi kaum lelaki, mereka mungkin mengalami mati pucuk atau ejakulasi yang lambat.
Langkah Berjaga-jaga
1. Memandu atau menggunakan jentera
Terdapat ubat antikemurungan yang menyebabkan kesan mengantuk dan melambatkan tindakbalas anda. Sila rujuk kepada doktor anda sekiranya pekerjaan anda melibatkan pengendalian mesin atau pemanduan.
2. Gejala gian
Ubat antikemurungan selalunya tidak menyebabkan ketagihan tetapi sesetengah orang mungkin mengalami gejala gian apabila mereka berhenti menggunakan ubat SSRIs or SNRIs. Kesannya termasuklah perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik. Bagi mengurangkan kesan sampingan ubat ini, doktor akan menurunkan dos ubat secara berkala. Jangan berhenti mengambil ubat ini secara mendadak.
3. Golongan remaja
Jika mendapat preskripsi doktor, Ubat SSRIs boleh diambil oleh golongan yang berumur di bawah 18 tahun, tetapi dengan lebih berhati-hati.
4. Kehamilan
Elakkan daripada menggunakan sebarang jenis ubat antikemurungan sewaktu hamil, terutamanya dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan kerana ia menyebabkan risiko kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan. Pada kebiasaannya rawatan alternatif akan dipertimbangkan kecuali dalam keadaan kemurungan yang teruk dan boleh mengancam nyawa ibu atau anak, penggunaan ubat anti kemurungan tidak dapat dielakkan.
Hurmm..banyak sekali mudaratnya,bukan? buatlah pilihan bijak sama ada anda mahu mengamalkan cara rawatan seperti diatas atau dapatkan rawatan homeopathy untuk kesejahteraan jasmani dan minda anda.
Dapatkan PRODUK SF dari klinik kami untuk membantu anda menangani tekanan seterusnya membantu anda mendapatkan kehidupan yang lebih bermakna. Pengambilan ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan bahkan selamat untuk ibu mengandung. Itulah keistimewaan homeopathy. Hubungi saya segera untuk mendapatkan rawatan, jangan biarkan kekusutan terus membelenggu anda.
Bagaimana SF membantu anda?
Remidi Utama Produk SF ini :
Kali Phosphoricum : untuk merawat gangguan emosi seperti sedih,
murung, kecelaruan minda, lemah untuk berfikir dan lain-lain. membantu anda mengenalpasti masalah dan menanganinya dengan positif.
Natrum Muriaticum : apabila anda selalu berada dalam keadaan kerisauan, ketakutan, selalu menangis dan bersedih. membantu meningkatkan keyakinan diri.
2 comments:
Artikel yang menarik mengenai masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.
Salam doktor.macamana nak contact doktor berhubung dengan perkara diatas
Post a Comment