Pages

Tuesday, May 4, 2010

Sistem Respiratory


Komponen Utama

Fungsi

Rongga hidung

Farinks

Larinks

Bronkiol

Paru-paru

· Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida

· Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru

· Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis)


Sistem Pernafasan

Kenapa pernafasan penting kepada kita? Setiap hari kita makan, bercakap, berfikir dan bekerja. Segala aktiviti atau pergerakan tesebut, sama ada senang atau susah, dilakukan dengan pembakaran tenaga yang menggunakan makanan sebagai sumber tenaga dan dengan kehadiran oksigen melalui pernafasan.


Oksigen memasuki badan kita melalui tarikan pernafasan manakala karbon dioksida yang berunsur racun disingkirkankan daripada badan kita melalui hembusan pernafasan. Pertukaran gas ini penting untuk kehidupan sel badan kita dan ia tidak akan berjalan lancar tanpa fungsi sistem pernafasan yang baik. Sistem pernafasan terdiri daripada mulut, hidung, kerongkong, trakea, paru-paru dan diafragma.


Kita perlu memastikan sistem pernafasan kita berada dalam keadaan baik untuk kita bernafas dengan betul dan efisien. Pernafasan juga membekalkan oksigen untuk membaikpulih sel, tumbesaran dan pembahagian sel.

Masalah Sistem Penafasan

Sistem pernafasan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian. Pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida berlaku di sini. Paru-paru kita harus berfungsi dengan baik untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang sempurna.

Sistem pernafasan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian. Pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida berlaku di sini. Paru-paru kita harus berfungsi dengan baik untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang sempurna.

Masalah sistem pernafasan yang sering berlaku adalah:

1. Asma

Untuk pesakit asma, saluran sistem pernafasan mereka selalunya berada dalam keadaan hipersensitif dan bila ia dirangsang, saluran nafas akan terjerut. Saluran nafas yang terjerut ini akan menimbulkan masalah semasa bernafas. Serangan asma boleh berlaku disebabkan asap tembakau, asap kilang, pelarut pembersih, jangkitan, debunga, habuk, sesetengah makanan seperti makanan laut yang bercengkerang, susu dan kacang, udara sejuk dan sebagainya. Walaubagaimanapun, rangsangan yang menyebabkan serangan asma adalah berlainan di antara setiap individu.

2. Bronkitis Akut

Bronkitis Akut ialah sejenis keradangan pada tiub bronkiol di dalam peparu, di mana ia adalah saluran udara utama ke paru-paru. Biasanya radang tersebut disebabkan oleh jangkitan bakteria ataupun jangkitan viral. Apabila jangkitan ini melemahkan sistem pernafasan seseorang, simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas, sakit dada, pertambahan mukus dan kelesuan akan wujud. Bronkitis akut akan berlarutan selama 4 hingga 6 minggu.

3. Sinusitis

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang belakang pipi, bulu kening dan rahang. Biasanya lendir yang dihasilkan oleh sinus akan disalirkan ke dalam hidung, di mana lendir itu akan membersihkan bakteria dan habuk yang masuk ke dalam badan kita semasa kita bernafas. Bulu halus akan menyalurkan lendir keluar dari sinus. Sinusitis berlaku apabila membran mukos dijangkiti bakteria, virus atau kulat. Sinus akan membengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus ata bendalir daripada sinus di dalam hidung dan tekak. Akhirnya ia akan menyebabkan tekanan dan keradangan pada rongga sinus. Sinusitis akut akan bermula dengan demam yang kemudiannya akan menjadi jangkitan bakteria. Alergi, pencemaran, masalah hidung dan sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan sinusitis.

4. Pneumonia

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang mana biasanya berlaku kerana jangkitan virus ataupun bakteria. Tiga penyebab utama jangkitan paru-paru ini adalah bakteria, virus dan fungi. Anda juga boleh dijangkiti Pneumonia secara tidak langsung dengan menghidu cecair ataupun bahan kimia. Pheumonia yang paling umum dikenali sebagai pneumococcal pneumonia, sejenis jangkitan bakteria yang paling kerap menyebabkan pneumonia. Sesetengah pneumonia adalah sederhana dan sesetengah jenis pula memerlukan rawatan hospital yang intensif. Orang tua dan bayi yang berumur 2 tahun kebawah adalah golongan yang mudah dijangkiti oleh pneumonia.

Cadangan untuk Sistem Pernafasan yang Sihat

  • Dilarang Merokok

    Amalkan polisi "dilarang merokok" ketika berada di rumah dan tempat kerja. Elakkan diri daripada menghidu asap rokok.
  • Air

    Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Minum air suam untuk membersihkan dan menipiskan mukus yang terdapat di saluran pernafasan.
  • Menjaga kebersihan lingkungan tempat tinggal

    Bersihkan rumah anda sekerap mungkin untuk menyingkirkan habuk, hama, debunga dan sebagainya. Kekalkan kebersihan bantal, selimut dan comforter.
  • Melakukan senaman atau aktiviti

    Berjalan dengan cepat, joging, berenang, menunggang basikal, lompat tali, yoga, senaman aerobik dan aktiviti fizikal yang lain dapat menguatkan jantung dan paru-paru anda.
  • Bernafas

    Ya. Bernafas atau lebih tepat lagi, menarik nafas dalam-dalam dengan menggerakkan diafragma anda dan bukan bernafas pendek dengan menggerakkan sangkar tulang rusuk. Pernafasan secara mendalam dapat mengisi paru-paru dengan udara segar dan ia juga akan mengeluarkan udara yang mengandungi toksin dari badan kita.



No comments:

Post a Comment