Komponen Utama | Fungsi |
Lelaki: Testis Penis Pundi postat Skrotum Vasikel semen Perempuan: Ovari Tiub Fallopio Uterus Vagina | · Menghasilkan zuriat · Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki · Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita · Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita · Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa kehamilan |
PENYAKIT
Gonorea
Keradangan pinggul
Penyakit ini dihadapi oleh wanita dan dikenali sebagai salpingitis. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria pada tiub fallopio dan organ-organ disekitarnya seperti uterus dan ligamen. Bakteria yang kerap memainkan peranannya adalah Neissria ganorrhoeae dan beberapa mikroorganisma lain seperti Chlamydia trachomatis. Penggunaan alat perancang keluarga, IUD juga boleh menjadi penyebab kepada jangkitan penyakit. Gejala yang dialami adalah tidak menentu seperti rasa sakit atai senak di abdomen, demam, uretrisis, keluar lelehan berbau busuk dari kemaluan dan muntah-muntah.
Trikomoniasis
Amenorea
Merupakan penyakit ketiadaan haid pada wanita. Amenorea kerap berlaku dengan masalah penghasilan hormon. Selain itu, kelainan uterus dan menarke yang tertangguh. Menarke berlaku antara usia 10 hingga 17 tahun. Penyakit ini bersifat sementara dan sebab yang paling utama ialah kehamilan. Ia juga boleh berpunca daripada penyusuan bayi yang baru lahir atau juga bagi wanita yang mencapai usia putus haid, terlalu gemuk dan terlalu kurus atau wanita yang menghidap barah ovari.
Balanitis
Balanitis adalah keradangan pada penis dan membran mukus di sekelilingnya. Kanak-kanak lelaki mungkin lebih kerap mengalaminya kerana akibat pemakaian seluar yang lembap dan mencuci kemaluan dengan sabun secara berlebihan. Bagi orang dewasa pula, ia mungkin disebabkan oleh penyakit tularan seks seperti gonorea dan sifilis. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh dermatitis, erupsi dadah, diabetes dan sebora. Individu yang tidak berkhatan lebih berkemungkinanmengalami balanitis kerana pengumpulan palat (smegma) yang menjadi sumber pembiakan bakteria yang menyebabkan keradangan.
Endometriosis
Endometriosis merupakan masalah sistem pembiakan wanita. Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus, iaitu endometrium, didapati tumbuh di luar uterus seperti di tiub fallopia, ovari, atau pada tisu di ruang pelvik. Tisu ini akan menjadi tebal, tanggal dan berdarah setiap bulan mengikut kitaran haid Oleh kerana tidak dapat disingkirkan dari badan, tisu yang tanggal ini akan terperangkap dan m menyebabkan keradangan berlaku ke atas tisu - tisu lain yang berhampiran.
Sista Ovari
Sista ovari merupakan pundi yang bukan bersifat kanser dan dipenuhi dengan cecair ataupun bahan separuh pepejal di dalam ovari. Walaupun keadaan ini biasa dan tidak berbahaya, akan tetapi ia boleh mendatangkan masalah sekiranya sista menjadi semakin besar. Sista yang besar akan menghimpit organ-organ lain disekelilingnya dan ia akan mengakibatkan kesakitan abdomen. Di kebanyakan kes, sista akan hilang dengan sendirinya dan tidak memerlukan rawatan.
Impoten (lemah tenaga batin)
Impoten merupakan masalah sistem pembiakan lelaki. Ia merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan nama Ereksi Disfungsi atau Impoten. Ereksi Disfungsi disebabkan oleh beberapa punca fizikal termasuk pengambilan alkohol yang berlebihan, penyalahgunaan tembakau, kecederaan otak atau saraf tunjang, kegagalan fungsi hati ataupun buah pinggang, penyakit Parkinson's dan strok.
Benign Prostatic Hyperlasia (BPH)
BPH berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat, dimana biasanya berlaku kepada lelaki yang sudah berumur. Ini akan mengakibatkan leher pundi kencing tersumbat dan menjejaskan pembuangan air kencing. Pencerutan yang ketat ke atas uretra akibat dari pembesaran prostat akan menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sempurna. Justeru, pundi kencing ini akan berkembang dan kenaikan tekanan ini akan dipancarkan ke buah pinggang melalui uretra, dan seterusnya merosakkan fungsi buah pinggang.
Sexually Transmitted Disease (Penyakit Kelamin)
STD merupakan infeksi yang boleh dijangkiti dari seseorang ke seseorang melalui hubungan seksual. Punca STD adalah bakteria, parasit dan virus. Terdapat lebih dari 20 jenis STD seperti Chlamydia, Gonorrhea, Herpes Simplex dan Syphilis. Kebanyakan STD dijangkiti oleh lelaki dan wanita, akan tetapi dalam kebanyakan kes masalah kesihatan ini memberi kesan yang lebih teruk kepada wanita. Jika seseorang wanita yang mengandung dijangkiti STD, maka ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap bayinya.
Cadangan untuk Sistem Pembiakan yang Sihat
- Menguruskan tekanan anda dengan bijak
- Sistem pembiakan terutamanya sistem pembiakan wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon. Tekanan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan sistem pembiakan.
- Hubungan seks yang selamat
- Penggunaan kondom lateks dengan betul dapat membantu mengurangkan risiko dalam menjangkiti ataupun menyebarkan STD.
- Berhenti merokok
- Hentikan tabiat merokok anda kerana kajian menunjukkan bahawa merokok sememangnya berkaitan dengan Ereksi Disfungsi.
- Mengawal pengambilan alkohol
- Minum minuman alkohol secara sederhana. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga menjadi salah satu punca Ereksi Disfungsi.
- Mengamalkan diet yang sihat
- Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari. Mengawal pengambilan daging dan ayam itik ternakan kerana sisa antibiotik ataupun hormon sintetik yang disuntik bagi mempercepatkan pertumbuhan ternakan tersebut akan menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan kita.
Rumusan
Sistem pembiakan sangat penting kerana sistem ini berperanan dalam mengembangkan serta melahirkan zuriat manusia. Sistem pembiakan yang sihat dan baik dapat melahirkan zuriat dengan sempurna. Oleh itu, setiap individu harus bijak menjaga kesihatan diri serta menjaga organ pembiakan daripada terjerumus dengan masalah kesihatan yang boleh membawa maut.
No comments:
Post a Comment