Pages

Saturday, May 15, 2010

Apakah Itu Urticaria?


Baru-baru ini ada pesakit yang bertanyakan mengenai penyakit urticaria (gatal-gatal). Oleh itu disini saya sertakan maklumat mengenainya untuk makluman kita bersama. Jangan malu atau segan untuk mendapatkan rawatan kerana rawatan awal adalah yang terbaik. Jangan simpan penderitaan anda. Hubungi saya segera supaya saya dapat membantu anda dengan menggunakan rawatan homeopathy.




Apa itu Urtikaria (Gatal-gatal)?
Gatal-gatal adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit. Ianya akan kelihatan untuk beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Gatal-gatal merupakan sesuatu yang biasa dan berlaku kepada 15% hingga 20% daripada penduduk.

Pada kebanyakan orang, gatal-gatal akan pulih dalam tempoh beberapa hari sehingga beberapa minggu lamanya.

Adakalanya seseorang mungkin mengalami gatal-gatal untuk bertahun-tahun lamanya.

Bila urtikaria terjadi di sekeliling tisu-tisu longgar pada mata atau bibir, tisu tersebut mungkin bengkak secara keterlaluan. Walaupun nampak menakutkan, pembengkakan tersebut yang dipanggil angioedema akan lenyap dalam masa kurang daripada 24 jam.

Bagaimana gatal-gatal dihasilkan?

Gatal-gatal dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit.

Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli yang digelar histamin daripada sel mast yang terdapat di sepanjang saluran darah pada kulit.

Apakah sebab-sebab berlakunya urtikaria?

Sebab-sebab biasa boleh berlakunya urtikaria adalah jangkitan, makanan, ubat-ubatan dan agen-agen fizikal (contohnya kepanasan, berpeluh, senaman, pancaran cahaya, tekanan, kesejukan).

Adakalanya sebabnya tidak dapat dikenalpasti

Makanan biasa yang menyebabkan urtikaria termasuk kacang, telur, buah-buahan sitrus yang segar, tomato dan kerang-kerangan. Bahan tambahan makanan dan pengawet seperti tartrazin (pewarna kuning) juga mungkin mengakibatkannya.

Banyak jangkitan boleh menyebabkan urtikaria. Jangkitan viral pernafasan bahagian atas merupakan sebab yang utama, terutamanya bagi kanak-kanak. Beberapa jenis jangkitan kulat dan bakteria juga boleh menyebabkan gatal-gatal.

Ubat-ubatan yang biasanya menghasilkan urtikaria termasuklah antibiotik (contohnya penisilin, sulfonamida) perubatan untuk kesakitan (contohnya aspirin, kodeina) sedatif dan diuretik. Adalah mustahak untuk memahami bahawa sebarang ubat boleh menyebabkan gatal-gatal. Oleh itu ubat-ubatan yang boleh dibeli terus dari kaunter/kedai seperti vitamin, antasid, titisan mata dan telinga, laksatif adalah merupakan sesuatu yang berupaya mengakibatkan urtikaria. Adalah penting doktor anda diberitahu mengenai semua jenis ubat-ubatan yang anda ambil.

Rawatan (ALLOPATI)

Rawatan yang paling baik untuk gatal-gatal adalah untuk mengenalpasti sebab ianya berlaku dan seterusnya menyingkirkannya.

Semasa menyelidiki sebab-sebabnya, ubat anti-histamin diberi untuk tujuan pelegaan.

Ubat anti-histamin akan bertindak dengan paling berkesan sekiranya ianya diambil secara tetap untuk mengelakkan gatal-gatal daripada membentuk.

· Untuk menghindarkan kesan sampingan seperti rasa mengantuk, ubat anti-histamin bukan sedatif boleh didapati.

Tidak terdapat satu jenis ubat anti-histamin yang mujarab untuk setiap orang.
Oleh itu doktor anda mungkin perlu mencuba lebih daripada sejenis ubat anti-histamin bagi menentukan jenis yang paling sesuai untuk anda.

Penyediaan kortison oral mungkin juga dapat membawa kelegaan untuk kes-kes yang teruk. Namun ianya mesti diberi untuk tempoh masa jangka pendek dan bukannya untuk jangka panjang disebabkan oleh kesan-kesan sampingan yang wujud.

Ujian-ujian kulit biasanya tidak mendatangkan sebarang faedah.

UNTUK RAWATAN HOMEOPATHY Y,SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA. HARAP MAKLUM.

No comments:

Post a Comment