Pages

Sunday, April 25, 2010

Sistem Integumentari Dan Penyakitnya


Sistem Integumentari


Struktur Kulit




KOMPONEN UTAMA

FUNGSI

Kulit

Rambut

Kuku

Melindungi dan mengelakkan kecederaan pada tisu-tisu

dalaman

● Pembalut luar tubuh

Kelenjar Peluh

● Sintesis vitamin D

● Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan

sentuhan

● Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral




Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Kulit

Jerawat

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kudis Buta

Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies : Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan : Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu) Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu. Kawasan yang biasa dijangkiti Tempat-tempat yang biasa ialah : Dicelah-celah jari. Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari Tapak tangan Bahagian dalam pergelangan tangan Kawasan-kawasan lain termasuk : Kawasan kemaluan. Punggung Sekitar pusat. Celah-celah ketiak. Siku Kaki dan buku lali. Bagaimana ianya merebak? Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui: Sentuhan kulit ke kulit. Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Kurap (Jangkitan Fungus)

Penyakit kurap atau juga dikenali sebagai Dermatophytoses adalah sejenis penyakit yang mudah dijankiti sekiranya kurang menjaga kebersihan.Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat Microsporum sp., Trichophyton sp. atau Epidermophyton sp.. Penyakit ini boleh berada di kepala, badan, muka, celah paha,kaki, kuku dan tangan.

KURAP DI KEPALA

Penyakit ini dijangkiti oleh genus kulat Microsporum sp. dan Trichophyton sp. sahaja. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia terutama 2-10 tahun. Dimana kanak-kanak lelaki didapati melebihi lima kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyakit ini jarang berlaku kepada bayi disebabkan tingginya aras asid lemak yang terdapat dalam tubuh bayi. Asid lemak ini bertindak sebagai anti penyuburan kulat.

GAMBARAN KLINIKAL

Lesi kulat di bahagian kepala pada mulanya bercirikan rambut yang putus dan pendek serta batang rambutnya pecah. Panjang lesi ini lebih kurang 1mm-3mm dari permukaan kulit kepala dan kelihatan tompok hampir botak di bahagian yang terlibat. Tompok ini bergaris pusat 1cm-6cm dan berbentuk bulat atau lonjong. Bilangan tompok biasanya lebih daripada satu.


KURAP DI BADAN


Kulat yang terlibat dengan kurap di badan ialah Trichophyton rubrum atau Microsporum canisTrichophyton verrucosumdapat diperolehi daripada binatang ternakan. Pada kebiasaan kurap di badan tertumpu pada sebelah badan sahaja, iaitu taburan dikatakan asimetri. daripada haiwan peliharaan.

GAMBARAN KLINIKAL

Lesinya jelas dan nyata, berbentuk bulat, berkeruping, kemerah-merahan dan mempunyai tepi yang aktif dan menaik sedikit dari tengah. Dalam keadaan biasa, kurap ini mudah dikenalpasti.

KURAP DI CELAH PAHA

Penyakit kurap ini disebabkan oleh sepsis daripada Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes danEpidermophyton floccosum. Kurap ini mudah subur dan membiak dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Penyakit ini kebiasaannya berjangkit pada mereka yang gemuk, yang suka memakai pakaian yang ketat dan pakaian lembap. Penyakit kurap ini terdapat di pelipatan kulit di celah paha, pangkal paha, punggung dan kalau dibiarkan akan merebak ke bahagian abdomen. Biasanya berlaku dikalangan remaja dan orang dewasa.

GAMBARAN KLINIKAL

Lesinya jelas dan nyata, berbentuk bulat, kemerah-merahan dan berkerumping. Kadangkala lesinya menebal yang menunjukkan bahawa ia telah begitu kronik. Taburannya semetri.

KURAP DI MUKA

Kurap ini didapati di kalangan kanak-kanak. Lesinya merah, berkeruping dan kadang-kadang mempunyai bentuk taburan rama-rama. Sepsis kulat yang menyebabkan kulat ini ialah Microsporum canis (daripada binatang peliharaan) danTrichophyton verrucosum (daripada binatang ternakan

KURAP DI KAKI

Penyakit ini dikenali sebagai 'athlete’s foot'. Kurap ini disebabkan oleh sepsis yang sama dengan dengan kurap di celah paha. Kurap di kaki jarang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kanak-kanak kurang berpeluh dan tahap hormon yang berbeza dengan orang dewasa.

GAMBARAN KLINIKAL

Ada tiga jenis klinikal kurap di kaki, iaitu :

Jenis di celah kaki, terutamanya di bahagian celah kaki di antara jari kaki keempat dan kelima. Keadaan kulit di bahagian ini lembap, merekah, merah dan mengeluarkan bau yang busuk.

Jenis bervesikel (biji-biji halus berisi air). Ia bermula di bahagian sebelah jari atau tapak kaki, mempunyai sifat bernanah dan berair. Kemudian biji-bii pecah menyebabkan kulit kering dan berkeruping.

Jenis hiperkeratotik, iaitu kulit yang terlibat menjadi keras, tebal dan berkeruping. Lazimnya terdapat di bahagian tapak kaki. Namun begitu, kerupingnya halus dan jalur-jalur kulit kelihatan jelas dan nyata apabial berlaku di bahagian atas kaki (dorsum). Jenis ini berlarutan dan berpanjangan.

KURAP DI TANGAN

Pada biasanya, kurap ini disebabkan oleh sepsis kulat yang sama terlibat dengan kulat di kaki iaitu Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Epidermophyton floccoum. Kurap di bahagian ini jarang berlaku dikalangan kanak-kanak.

GAMBARAN KLINIKAL

Berbentuk tompok leper dan bulat bervesikel dan berkeruping halus. Kebiasaannya kurap di tangan akan bersifat papul (bintik) merah dan bertompok berkeruping di belakang tangan atas pergelangan tangan. Sesetengah pesakit akan menunjukkan kulit berkeruping tebal dan kemerah-merahan yang tertumpu pada tapak tangan dan biasanya sebelah tangan sahaja terlibat.

Panau

Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.

Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.


Athelete's Foot (kaki makan air)

Kaki makan air adalah sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai Athletes Foot. Penyakit kaki makan air disebabkan kulat. Penyakit kaki makan air biasanya disebabkan kaki yang selalu berendam air atau lembab. Kaki makan air (bahasa Inggeris Athlete's foot) menyebabkan kulit dicelah jari kaki yang dijangkiti menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Lepuh dan kulit pecah juga mungkin berlaku, menyebabkan tisu dalam terdedah, kesakitan, bengkak dan radang. Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan kulat yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik. Jangkitan ini mampu merebak kepada bahagian lain badan, seperti peha, dan biasanya dikenali dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan pada celah peha. Tinea pedis kebiasaannya hadir pada celah jari kaki, biasanya pada jari kaki kempat dan kelima paling kerap.



Ekzema (alergi)

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

PUNCA EKZEMA

Disebabkan kulit terlalu sesitif terhadap hama habuk, bulu haiwan dan sesetengah makanan.


Ruam panas

Ruam


Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal.

Penyebab Ruam

  • Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :
    • Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen
    • Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
    • Racun serangga, dan baja
    • Racun pokok
    • Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)
    • Fabrik
    • Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
    • Susu getah
    • Sebab-sebab lain termasuklah :

    • Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
    • Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
    • Insecticides, pesticides and fertilizer
    • Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
    • Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
    • Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas)
    • Gangguan emosi
    • Penyakit hati, buah pinggang dan barah.

Rawatan

  • Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
  • Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
  • Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
  • Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
  • Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk
  • Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda kering)
  • Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
  • Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin

Pencegahan

  • Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan
  • Gunakan sarung tangan pelindung
  • Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru
  • Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
  • Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan kelembapan kulit
  • Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
  • Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
  • Amalkan kebersihan
  • Belajar untuk menangani stres
Psorisis

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda

Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan

Guttate psoriasis

Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Sopak
    Sopak atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina ataua lapisan dalam mata dimusnahkan.

    Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar menjadi putih.

    Punca sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui secara sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya:

  • Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.
  • Kemusnahan melanosit dengan sendiri atau mati beragam.
  • Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan(sunburn).
  • Ada juga mengatakan kerana tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak atau Vitiligo ini
Yang pasti kebanyakan pengidap Sopak atau Vitiligo ada kaitan dengan kelenjar tiroid. Sejauh mana kepastian hanya yang arif dan pakar sahaja dapat menjawabnya.

Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 peratus penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40-an. Apapun Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap vitamin B12.

Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan secara sahih.

Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara mendadak atau perlahan.

Kayap (jangkitan virus)

Apa itu Penyakit Kayap?

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut.

Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

Campak

Pengenalan

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala

Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.

Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.


Komplikasi

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:

  • Jangkitan telinga
  • Pembesaran Nodus Limfa
  • Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
  • Jangkitan paru paru
  • Jangkitan bronkus
  • Jangkitan peti suara
  • Cirit birit atau muntah
  • Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
  • Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.




1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai homeopathy sebagai alternatif kepada rawatan pelbagai penyakit kulit termasuk jangkitan kulat pada kaki seperti Athelete's foot. Selain itu, bagi jangkitan kulat pada kaki, kita juga harus menjaga kebersihan kaki seperti sentiasa menukar stokin kaki dan kasut yang dipakai. Jangan biarkan kulit kaki berada dalam keadaan lembab sepanjang masa. Satu petua yang boleh diikut ialah merendamkan kaki ke dalam air yang telah dibancuh dengan 1-2 sudu teh serbuk sodium bikarbonat (serbuk penaik roti). Amalkan ini setiap kali balik dari kerja dan lakukannya selama 10-15 minit setiap hari. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia mampu untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah kaki.
    .

    ReplyDelete