Homeopathy merupakan satu sistem perubatan yang menggunakan falsafah cara seraksi: iaitu suatu rawatan yang menyembuhkan pesakit secara semula jadi iaitu mengubat pesakit dengan menggunakan penawar yang mempunyai gejala yang serupa (seraksi.)
Penawar-penawar atau ubat yang diberikan kepada pesakit akan merangsang kuasa hayat (vital force) pesakit itu untuk mengambil tindakan penyembuhan ke atas bahagian yang sakit. Perubatan moden ini adalah berasaskan kepada penyelidikan sains daripada pakar-pakar perubatan Homeopathy di seluruh dunia.
Kaedah semulajadi ini telah dijumpai oleh seorang filasof dan seorang ahli perubatan pada kurun 400 sebelum masihi yang bernama Hippocrates. Pada tahun 1790, seorang ahli perubatan Jerman bernama Dr. Frederick Hahnemann telah menghidupkan semula kaedah seraksi ini dengan menamakannya Homeopathy. Dr. Hahnemann adalah Bapa Perubatan Homeopathy.
Dr. Samuel Hahnemann Seorang pakar perubatan dan juga Pakar Kimia. Ia di anugerahkan ijazah M.D. dalam tahun 1778.Dalam masa ia merawat,ia kenal benar ubat yang diberikan kepada pesakitnya ialah drug yang begitu membahayakan. Hati kecilnya berkecamuk. Daya penyembuhan ubat itu belum tentu dapat menyembuhkan sakit orang yang dirawatnya, tetapi kesan sampingan drug yang beracun itu tetap bahaya dan membahayakan.
Kesimpulan kajiannya, bahaya kesan sampingan Drug yang dijadikan Ubat tetap Positif, tetapi kesan penyembuhannya masih samar-samar.Beliau berusaha mencari dan menjalankan pelbagai experimen, Akhirnya menemukan prinsip bahawa setiap setiap Ubat Berbentuk Drug ia boleh di hilangkan Kesan Sampingannya, Yang tinggal hanya daya Kesembuhannya (Curative). Usaha kajiannya berterusan, Daya penyembuhan ubat itu pula dipertingkatkan hingga berpotensi. Potensinya pula diperkuatkan dari masa ke semasa.
Penuntut Dr. Hahnemann terdiri dari pakar-pakar intelek di zamannya dan pakar-pakar ilmu jiwa.Mereka menjadikan Homeopathy begitu berpotensi dan penyembuhannya begitu berkesan. Kini Homeopathy telah pun diterima dan diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Antaranya, Australia, England, Jerman, Perancis, Ceylon dan banyak lagi. Di England, Queen Elizabeth menjadi penaung London Homeopathic Hospital.
BAGAIMANAKAH HOMEOPATHY BERTINDAK?
1.Secara menyeluruh; bukan hanya di beberapa bahagian badan sahaja.
2.Pemikiran dan perasaan manusia dan fungsi-fungsi semua organ dalam tubuh badan manusia semuanya berinteraksi bersama dan penentuan penawar yang paling tepat akan mengambil kira ini semua.
3.Perubatan Homeopathy juga boleh merawat penyakit-penyakit kronik ini mungkin akan memakan masa yang lama daripada penyakit yang akiut.
ADAKAH HOMEOPATHY SELAMAT DAN BERKESAN?
1.Penawar Homeopathy diambil daripada sumber alam , tumbuh-tumbuhan, mineral dan lain-lain bahan yang menyebabkan sesuatu penyakit .
2.Kesemuanya diproses dengan kaedah yg amat istimewa menjadikannya ia selamat dan berkesan.Ubat Homeopathy adalah asli, suci dan selamat . kandungannya tidak mengandungi dadah atau drug.
3.Tidak menimbulkan kesan ketagih atau kesan sampingan.
4.Selamat dan berkesan ke atas bayi, kanak-kanak yang menyusu dan ibu yang mengandung.
5.Rasanya yang manis-manis buah menyebabkan ubat Homeopathy begitu digemari oleh kanak-kanak.
6.Kejayaan perubatan Homeopathy ini dapat kita lihat di peringkat antaranbangsa di mana ia begitu meluaskan digunakan di German, Italy, France, Canada, India, Amerika, Pakistan dan China.
7.Di England pula, keluarga Diraja British telah lama mengamalkan perubatan Homeopathy sejak beberapa abad yg lalu.
No comments:
Post a Comment