APAKAH PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN HOMEOPATHY?
InsyaAllah semua jenis penyakit dapat dirawat dengan menggunakan rawatan ini, kecuali mati .
Daripada Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"
SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.
Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."
Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.
Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.
Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.
Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.
Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan.
Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.
Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.
Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.
Kunjungilah Perubatan Homeopathy Berkat untuk mendapatkan rawatan homeopathy , kami sedia membantu anda. Begitu juga sekiranya anda telah puas berubat atau buntu untuk mencari penawar bagi penyakit anda, kedatangan anda dialu-alukan ke pusat rawatan kami.
Apa yang penting, beristiqamah dan bersabarlah semasa berubat kerana penyembuhan bagi setiap penyakit adalah berbeza, bergantung kepada jenis penyakit dan jangka masa menghidapnya. Janganlah cepat berputus asa semasa menjalani rawatan kerana masakan penyakit yang dihidap selama bertahun-tahun mahu disembuhkan dalam masa 1 hari. Saya doakan kita semua dikurniakan Ilahi akal dan jasmani yang sihat. Wassalam.
~ USAHA~ DOA~ TAWAKAL~
No comments:
Post a Comment