WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

WHERE ANOTHER MEDICINE LEAVES OFF..HOMEOPATHY BEGINS..

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA . SEMOGA AIDILFITRI YANG TIBA MERUPAKAN KEMENANGAN YANG SEBENAR BUAT KITA. BERAYALAH DENGAN SEDERHANA. KEPADA PESAKIT-PESAKIT PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT, SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, KEMAAFAN DIPOHON SEANDAINYA ADA TERKASAR BAHASA SEMASA MELAYAN ANDA DAN SEBAGAINYA. JANGAN LUPA MAKAN UBAT MENGIKUT WAKTU YANG DITETAPKAN DAN JAGA PEMAKANAN SEMASA HARI RAYA INI.


KRIM SERBAGUNA BERKAT
HARGA : RM15.00. ( TIDAK TERMASUK HARGA POS)



Dirumus khas untuk pelbagai masalah kulit dan luka. Digunakan untuk menghentikan pendarahan,lebam,parut,gatal, jerawat , melecur, digigit serangga,ruam lampin dan lain-lain. Untuk sapuan luaran sahaja. Sapukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

CARA PENGGUNAAN : Basuh dahulu luka tersebut dan sapukan krim serbaguna dengan segera dan kerap. kalau melecur pula, segera sapukan krim ini dan kawasan yang melecur tadi tidak akan meninggalkan parut & tidak menggelembung.
Resdung (sinusitis) adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.


Apakah Sinus?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang
muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman
bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Boleh Membawa Maut

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal
telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa Yang Berisiko?

Mereka yang :

* Alah kepada habuk, debu dan asap
* Elergi kepada makanan laut, pisang dll
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
* Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada
kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi
buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.


Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam
otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan
neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami
sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit
kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
-
Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
-
Batuk
-
Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
-
Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat Rawatan (allopati)

* Peringkat 1 : Memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
* Peringkat 2 : Meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
* Peringkat 3 : Pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

HUBUNGI KAMI UNTUK KAEDAH RAWATAN YANG SELAMAT, TIDAK MENYAKITKAN, EFEKTIF & SEMULAJADI.




GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Penulis mendapatkan pandangan Pakar Perunding Rheumatik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengenai penyakit yang digelar 'Disease of King' ini.

Bagaimana serangan gout berlaku?

l Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.

l Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-jenis gout:

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

interkritikal

l kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Tofus

Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko

Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.

Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

Obesiti - individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.

Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

Umur - gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?

Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan (Allopati)

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin,diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia.

Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet untuk pesakit gout:

buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.

elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein

hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari

kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.

Makan secara sederhana:

asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.

minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.

berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.

PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT ADA RAWATAN UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI GOUT. HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.


Baru-baru ini ada pesakit yang bertanyakan mengenai penyakit urticaria (gatal-gatal). Oleh itu disini saya sertakan maklumat mengenainya untuk makluman kita bersama. Jangan malu atau segan untuk mendapatkan rawatan kerana rawatan awal adalah yang terbaik. Jangan simpan penderitaan anda. Hubungi saya segera supaya saya dapat membantu anda dengan menggunakan rawatan homeopathy.




Apa itu Urtikaria (Gatal-gatal)?
Gatal-gatal adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit. Ianya akan kelihatan untuk beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Gatal-gatal merupakan sesuatu yang biasa dan berlaku kepada 15% hingga 20% daripada penduduk.

Pada kebanyakan orang, gatal-gatal akan pulih dalam tempoh beberapa hari sehingga beberapa minggu lamanya.

Adakalanya seseorang mungkin mengalami gatal-gatal untuk bertahun-tahun lamanya.

Bila urtikaria terjadi di sekeliling tisu-tisu longgar pada mata atau bibir, tisu tersebut mungkin bengkak secara keterlaluan. Walaupun nampak menakutkan, pembengkakan tersebut yang dipanggil angioedema akan lenyap dalam masa kurang daripada 24 jam.

Bagaimana gatal-gatal dihasilkan?

Gatal-gatal dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit.

Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli yang digelar histamin daripada sel mast yang terdapat di sepanjang saluran darah pada kulit.

Apakah sebab-sebab berlakunya urtikaria?

Sebab-sebab biasa boleh berlakunya urtikaria adalah jangkitan, makanan, ubat-ubatan dan agen-agen fizikal (contohnya kepanasan, berpeluh, senaman, pancaran cahaya, tekanan, kesejukan).

Adakalanya sebabnya tidak dapat dikenalpasti

Makanan biasa yang menyebabkan urtikaria termasuk kacang, telur, buah-buahan sitrus yang segar, tomato dan kerang-kerangan. Bahan tambahan makanan dan pengawet seperti tartrazin (pewarna kuning) juga mungkin mengakibatkannya.

Banyak jangkitan boleh menyebabkan urtikaria. Jangkitan viral pernafasan bahagian atas merupakan sebab yang utama, terutamanya bagi kanak-kanak. Beberapa jenis jangkitan kulat dan bakteria juga boleh menyebabkan gatal-gatal.

Ubat-ubatan yang biasanya menghasilkan urtikaria termasuklah antibiotik (contohnya penisilin, sulfonamida) perubatan untuk kesakitan (contohnya aspirin, kodeina) sedatif dan diuretik. Adalah mustahak untuk memahami bahawa sebarang ubat boleh menyebabkan gatal-gatal. Oleh itu ubat-ubatan yang boleh dibeli terus dari kaunter/kedai seperti vitamin, antasid, titisan mata dan telinga, laksatif adalah merupakan sesuatu yang berupaya mengakibatkan urtikaria. Adalah penting doktor anda diberitahu mengenai semua jenis ubat-ubatan yang anda ambil.

Rawatan (ALLOPATI)

Rawatan yang paling baik untuk gatal-gatal adalah untuk mengenalpasti sebab ianya berlaku dan seterusnya menyingkirkannya.

Semasa menyelidiki sebab-sebabnya, ubat anti-histamin diberi untuk tujuan pelegaan.

Ubat anti-histamin akan bertindak dengan paling berkesan sekiranya ianya diambil secara tetap untuk mengelakkan gatal-gatal daripada membentuk.

· Untuk menghindarkan kesan sampingan seperti rasa mengantuk, ubat anti-histamin bukan sedatif boleh didapati.

Tidak terdapat satu jenis ubat anti-histamin yang mujarab untuk setiap orang.
Oleh itu doktor anda mungkin perlu mencuba lebih daripada sejenis ubat anti-histamin bagi menentukan jenis yang paling sesuai untuk anda.

Penyediaan kortison oral mungkin juga dapat membawa kelegaan untuk kes-kes yang teruk. Namun ianya mesti diberi untuk tempoh masa jangka pendek dan bukannya untuk jangka panjang disebabkan oleh kesan-kesan sampingan yang wujud.

Ujian-ujian kulit biasanya tidak mendatangkan sebarang faedah.

UNTUK RAWATAN HOMEOPATHY Y,SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN SAYA. HARAP MAKLUM.




Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.

Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
    Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
    1. Jaudis Susu Ibu
    Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

    Rawatan

    Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
    Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
    Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
    1. Jaundis Normal/Physiologic
    Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
    • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
    • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
    • Galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
    • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
    • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
    • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
    1. Jaundis Pathologic
    Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
    1. Jaundis Susu Ibu
    Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

    Adakah ianya berbahaya?

    Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
    Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
    Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

    RAWATAN TERBAIK UNTUK SI MANJA ANDA :
    BERIKAN SI MANJA REMIDI KHUSUS UNTUK JAUNDIS. DAPATKAN DI PERUBATAN HOMEOPATHY BERKAT SEKARANG!!




    Dalam tempoh pengambilan penawar homeopati, adalah wajar mengambil perhatian tentang beberapa perkara:

    · Elakkan meminum minuman seperti kopi, teh dan nescafe. Bahan-bahan ini mengandungi caffeine dan akan mematikan kuasa penawar yang diambil.
    · Sebaiknya mengelakkan memakan bahan makanan yang bercuka atau yang masam.
    · Kurangkan atau elakkan daripada merokok. Kesan kandungan dalam tembakau seperti tar, nikotin akan mengganggu proses rawatan.
    · Penawar dan pesakit hendaklah dijauhkan daripada semua jenis minyak angin. Jarakkan jangka masa penggunaannya dengan pengambilan penawar jika tidak dapat dielakkan.
    · Pemberian penawar homoeopati bersama dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan dadah pada umumnya tidak digalakkan.

    Saranan di atas adalah penting diikuti khasnya bagi mereka yang mengambil homeopati untuk jangka waktu yang lama. Saranan tersebut bukan sahaja baik untuk tujuan rawatan, tetapi juga untuk kepentingan kesihatan pesakit.Harap maklum.




    KENAPA PERLU PILIH HOMEOPATHY?

    Selama ini, kita biasa mendengar perkataan-perkataan ubat , racun, dadah dan penawar. Begitu juga dengan cara-cara pengubatan (practice of medicine) yang berbagai cara dan rupa. Sangatlah perlu bagi kita untuk mengetahui dengan terperinci pengkelasan tatabahasa ini untuk kefahaman.

    Racun bererti bahan asal iaitu zat-zat yang paling mudah diambil atau digunakan tanpa diproses (raw material) samada bahan itu terdiri daripada bahan organic atau bukan organic, begitu juga bahan tulin atau synthetic. Apabila ia digunakan sewaktu badan dalam keadaan normal akan menjadikan badan penggunanya menjadi tidak sihat atau mendapat penyakit akibatnya.

    Sebaliknya jika ianya digunakan dalam sukatan-sukatan tertentu sewaktu benar-benar sakit, ia dapat memulihkan atau mengembalikan kesihatan semula.Ubat digunakan sewaktu dalam keadaan sakit sahaja. Ia mungkin dalam bentuk bahan asli atau berupa percampuran bahan asal dan bahan-bahan lain seperti gula (lactose) dan sebagainya.

    Sementara penawar pula adalah bebas dari sebarang racun dan tidak ada punca-punca yang menyebabkan akan terganggu kesihatan hasil pengambilannya. Ubat-ubat Homeopathy terdiri dari jenis ini. Oleh itu penawar Homeopathy dijamin bersih serta selamat. Kekuatan keupayaan tenaga penawar ini adalah dijamin kerana pembuatnya menurut proses potensi. Disamping itu melalui proses ini kuasa racun atau dadah dan bahan kimia langsung tidak ada dan dihilangkan. Atas faktor inilah ubat-ubat Homeopathy layak dipanggil penawar bukan ubat.

    Perubatan biasa dihospital yang dipanggil Allopathy, walaupun menggunakan racun-racun atau dadah dalam sukatan tertentu tetapi sifat semulajadi racun itu masih ada dan tetap bertindak dalam tenaga negative. Walaupun sedikit digunakan, ia tetap bertindak sebagai racun yang akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan secara berterusan. Pengubatan secara Homeopathy adalah satu cara rawatan untuk menghilangkan atau menyembuhkan penyakit sebenar-benarnya dengan keahlian yang tersendiri.

    Oleh itu Homeopathy lahir bukan sahaja sebagai satu seni penyembuh yang saintifik tetapi juga ia merupakan satu seni penyembuhan.

    Pada kesimpulannya, kita begitu agak beruntung kerana hidup di dalam dunia kemajuan yang begitu pesat. Manusia di sana sini berlumba-lumba mengejar kejayaan, di samping banyak teknologi-teknologi baru tercipta. Begitu juga halnya dengan dunia perubatan. Sistem rawatan lebih bertambah maju dan ubat-ubat dapat diproses dengan cepat. Kebimbangan yang melanda kerana ubat-ubat yang dicipta dalam perubatan Allopathy (Perubatan biasa) ini kedapatan bahayanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang diperolehi.

    Dapatkah kita mempelajari dimana silapnya? Sehingga sesetengah pihak sahaja yang mendapat keuntungan yang maksima dari tindakan ini. Tentunya kita dapat meneka jawapannya iaitu pengeluar ubat dan para penjual ubat.

    Sudah tentulah para pengguna menjadi mangsanya…

    Akal yang sihat berada di tubuh yang sihat. Kesejahteraan dan kesihatan yang baik sangat diingini oleh setiap umat manusia, dalam menempuh hidup bahagia dunia dan akhirat. Segala-galanya akan hancur apabila kesihatan hilang, disusuli pula dengan sakit yang menimpa badan.

    Penggunaan ubat secara Homeopathy dengan dos yang paling sedikit tetapi sebaliknya mempunyai kuasa aksi yang besar. Ia dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang sudah lama ataupun baru dengan syarat gejala-gejala penyakit itu sesuai dan menunjukkan isyarat-isyarat yang boleh dirawat. Memandangkan perubatan Homeopathy ini boleh mengubati pesakit dengan penuh kecermelangan hasil dari kejayaan-kejayaan dan pengalaman yang lalu, maka tidak hairanlah ia cepat berkembang dengan luasnya dari tempat asalnya Jerman ke England, USA, Perancis, Australia, Itali, Pakistan, India dan mula bertapak dinegara-negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia. Malaysia baru sahaja mula mengamalkan sistem perubatan ini.Walau bagaimana pun hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui khasiatnya.

    UBAT HOMEOPATHY BEBAS DARI BAHAN KIMIA DAN DADAH SERTA SELAMAT DIGUNAKAN TANPA KESAN SAMPINGAN.

    Untuk Makluman Anda

    Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.

    Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.

    Related Posts with Thumbnails