Berapakah jumlah zat besi yang saya perlukan semasa hamil?
Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.Apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan saya mendapat zat besi yang mencukupi?
Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.
Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan.
Bagaimana saya boleh tahu sekiranya saya menghidap anaemia?
Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah.Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi anda turun ke tahap sangat rendah.Adakah sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami anaemia semasa hamil?
Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.
Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anaemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas. Thalassaemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding thalassaemia beta. Baca lebih lanjut mengenai thalassaemia dalam kehamilan.
Apakah simptom-simptom anaemia?
Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.
Bagaimanakah anaemia dirawat?
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.
Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.
Adakah anaemia yang saya alami ini menjejaskan kesihatan bayi saya?
Melainkan anda menghidap anaemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi#section1#ixzz3HVKKMR5t
Produk HB BEST kami boleh membantu meningkatkan dan menstabilkan HB ibu hamil
Hubungi 018-4634871 untuk keterangan & order
100% Homeopathy
Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.
Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan.
Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.
Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.
Faktor penyebab
- Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma
- Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat
- Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi
Rawatan pembedahan dan perubatan
- Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikular perlu dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal.
Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma? - Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter
- Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur
- Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.
Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat
- Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)
- Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan
- Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma
- Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma
- Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari
- Pakai seluar dalam longgar
Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda
- Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan
Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan. - Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah
Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda - CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur
Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.
Makanan semula jadi lebih baik daripada pil:
- Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus.
Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap. - Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
Makanan semulajadi daripada sumber laut adalah `rakan.'
- B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju. - Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.
Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus. - L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.
Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok.
Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.
Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma.
Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron.
Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Puncamasalahkesuburanlelaki/MA/Article#sthash.x25zkxqI.dpuf
HOMEOPATHY MEMBANTU ANDA

Semuanya bermula daripada masalah dihadapi salah seorang teman di sini yang sukar ke tandas sehingga dinasihatkan doktor untuk minum banyak air masak, membuatkan kami semua ketawa.
Namun dalam ketawa, kami jadikan ia satu pengajaran. Selama ini memang sudah diketahui pentingnya mengambil air secukupnya untuk kekal cantik, cergas dan sihat, tetapi nasihat umum itu sering dipandang ringan.
Malah tidak terhitung jumlah hari badan dibiarkan ‘menderita’ dalam diam kerana kita hanya minum tiga atau empat gelas air sehari apatah lagi dalam cuaca panas seperti negara kita.
Ramai tidak sedar mengantuk selepas makan tengah hari ialah petanda penting badan kita kekurangan air.
Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O), apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan.
Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan yang membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan.
Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.
Badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.
Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
Seorang jurulatih gimnasium pernah memberitahu penulis, jika mahu mengurangkan berat badan minumlah banyak air masak.
Air ialah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Katanya, ramai orang keliru antara isyarat `lapar’ atau `dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali salah satu daripada isyarat ini diterima otak.
Ini membuatkan berat badan bertambah tanpa disedari kerana apa yang diperlukan badan ialah air, bukan makanan. Masalah ini lebih ketara dalam kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif.
Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.
Saranannya, langkah terbaik untuk diambil bagi individu yang alami kekeliruan ini ialah minum air setiap kali terasa lapar.
Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
Untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang lebih cepat (di samping bersenam dan mengawal pengambilan makanan) ialah minum setiap kali sebelum makan.
Ini kerana air boleh membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ia secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Sekali lagi diingatkan, air yang dimaksudkan di sini ialah air masak sama ada suam atau sejuk. Minuman manis mengandungi kalori kosong daripada gula iaitu kalori yang tidak diperlukan badan.
Badan kita tidak memerlukan gula tambahan kerana karbohidrat daripada makanan akan diproses dan ditukarkan ke bentuk gula ringkas supaya boleh digunakan sebagai tenaga.
Jadi walaupun tanpa makanan atau minuman manis, badan kita sudah mendapat gula secukupnya.
Kembung air
Pakar berselisih pendapat mengenai jumlah air yang perlu diambil setiap hari, bagaimanapun kebanyakannya menyarankan kita perlu minum air enam hingga lapan gelas.
Ada juga menyarankan kita minum sehingga dua liter sehari yang kelihatan sangat banyak namun apabila dihitung jumlahnya lebih kurang sama dengan enam atau lapan gelas.
Ada yang bimbang jika minum sebanyak itu, tidakkah akan berlaku kesan sampingan? Satu-satunya kesan sampingan yang akan kita alami akibat terlalu banyak air ialah kerap berulang ke tandas, namun ia dianggap perkara baik.
Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah `terlalu banyak air’ kerana badan kita sangat bijak dan bertindak secara automatik untuk mengeluarkan air berlebihan.
Inilah juga nasihat yang diberikan doktor kepada pesakit gout, walaupun ramai tidak selesa untuk berulang-alik ke tandas.
Saranan minum air sebanyak dua liter sehari adalah untuk memastikan air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang dari badan.
Gout ialah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia. Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.
Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning. Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hinggalah kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita.
Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya setiap hari untuk membolehkan ia berfungsi dengan cekap.
Apabila badan kekurangan air, ia mengekalkan jumlah cecair dalam badan dengan mengurangkan penghasilan air kencing.
Ini sebabnya air kencing menjadi pekat dan berwarna gelap. Sebaliknya jika kita minum banyak air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi lebih cerah dan cair.
Pengambilan air secukupnya walaupun tidak berasa dahaga boleh membantu menjaga kesihatan buah pinggang - organ penapisan darah yang amat penting.
Pada peringkat awal, anda memang kerap ke tandas, tetapi ia hanya untuk sementara waktu sehingga badan dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan jumlah air yang anda minum.
Bagaimanapun, bagi anda yang sudah ada masalah buah pinggang, dapatkan nasihat doktor mengenai jumlah air yang boleh diambil.
Sebaliknya bagi individu yang mengalami batu karang atau gout, mereka perlu minum lebih banyak air untuk mengawal penyakit.
Jangan takut untuk minum banyak air kerana kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko 45 peratus kanser usus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.
Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.
Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
Masalah berlebihan air sebenarnya jarang berlaku, tetapi apa yang lebih kerap dialami kebanyakan orang ialah kekurangan air (dehidrasi).
Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.
Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian.
Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.
Badan kehilangan air melalui:
1. Pernafasan (satu gelas air - 14 peratus)
2. Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
3. Peluh ( dua gelas air - 34 peratus)
4. Najis (1/2 gelas air - dua peratus)
Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang.
Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Prosesmetabolismeterjejas/Article/article_print
Subscribe to:
Posts (Atom)
Untuk Makluman Anda
Rawatan Homeopathy hanyalah sekadar ikhtiar, sebagai rawatan alternatif dan tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah perubatan allopati. Harap Maklum.
Produk yang disediakan juga adalah sebagai membantu kesihatan sahaja.







